Fazeera Kahar
Short Profile
Dashboard +Follow

The site welcomes colorful and bright people! but if you are RIPPERS , SPAMMERS or HATERS , I will kick you out of my site ! Feel free to roam around !

Hot Clicks

Be My Friends


Memories



Big Claps

Template is 100% made by Fazeera Kahar
All rights reserved ® Fazeera Kahar 2011-2017


posted on Friday, June 13, 2014 | Add comment [1]


Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum ♥ 
Hye semua . Rasa sebak nak tulis entry kali ni . Lihat saja pada main title entry kali ni . Sepatutnya tarikh ni membawa sejuta kebahagiaan untuk aku . Tarikh yang ditunggu-tunggu setiap tahun . Tarikh yang mengingatkan aku bahawa umur aku akan menginjak lebih dewasa . 

Tapi . . .

Tahun ni , tarikh ini la yang membawa sejuta kesedihan . Sejuta kepiluan . Perginya makhluk Tuhan yang sangat aku sayangi . BOBOY . tsk tsk :(

6.30 a.m : Waktu ni aku bangun untuk tunaikan solat subuh , memang niat aku nak bawak boboy pergi klinik pagi nanti . sempat aku berbual dengan dia . aku cakap esok bangun awal . kakak nak bawak boy pg klinik . nanti boboy gemuk balik macam dulu . boboy memang dah kurus . tak tau kenapa . 

8.30 a.m : Mama kejut , cakap boboy dah nazak . Aku rasa macam mimpi sebab pagi tadi dia oke je . tak tunjuk apa-apa perubahan pun . Aku bangun . tengok boboy memang dah nazak . tercungap-cungap nak bernafas . kepala dah mendongak . jatuh air mata aku . entah kenapa . aku dapat rasakan dia memang nak pergi kali ni . aku tak berani nak sentuh dia . aku tak sampai hati . aku tak dapat nak tahan air mata tengok boboy derita macam tu . menangis sendiri . tanpa siapa tahu .

9.45 a.m : Aku dapat dengar satu suara datang dari dapur . suara datang dari boboy . nak jenguk aku takut . aku tawakal je . adik yang jenguk nak tengok keadaan boboy . BOBOY DAH TAK BERNYAWA . terkilan tak dapat tengok boboy buat kali terakhir . ayah dah balut dengan surat khabar . aku cuma dapat tengok boboy daripada sisi bentuk surat khabar tu je . terkilannya . Tuhan je yang tahu .


Ya Allah . Terima kasih kerana telah Engkau pinjamkan makhluk yang bernama BOBOY untukku . Biarpun hanya seketika . Engkau jagakan dia untukku . Sesungguhnya aku amat merinduinya 


Pada tarikh ini , aku menginjak ke umur 20 tahun . Semoga aku dapat menjadi insan yang berguna , berbakti kepada kedua ibu bapa . Terima kasih buat semua ucapan . Semoga Allah merahmati kalian






- FAZEERAKAHAR -





Blogger Muhd Aiman said...

admin terlalu sayangkan kucing.. i love this blog

 

Post a Comment