Short Profile The site welcomes colorful and bright people! but if you are RIPPERS , SPAMMERS or HATERS , I will kick you out of my site ! Feel free to roam around ! Hot Clicks Talk To Me Be My Friends Memories Big Claps All rights reserved ® Fazeera Kahar 2011-2017
| posted on Sunday, April 24, 2011
| Add comment [0] Cerita ini mengandungi unsur2 ganas,aksi menggigit pusat & kerongkong,adegan mandi di longkang . Dilarang tonton tanpa bimbingan ibu bapa yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti . Budak dibawah 18 tahun harus meminta kebenaran ketua kampung dan tok mudim terlebih dahulu . . . . . . . . . . Pada suatu malam yang sunyi . . Aku berjalan di tanah perkuburan . tiba-tiba aku ternampak satu lembaga hitam dibawah sinaran bulan mengambang . bulu hidung aku meremang . begitu juga dengan bulu mataku . dengan tanpa rasa malu aku menuju ke arah itu . tiba tiba ada benda lembik . selembik-lembik lengkong buatan ibuku jatuh di atas kepala ku . . . . . . . . . . Aku menjerit dengan kuatnya . tanpa di sangka aku dan korang, aku terpeluk lembaga tadi . lembaga itu memandang aku tepat dimataku . aku tergamam . dia turut tergamam . mungkin pelik agaknya . muka lembaga tersebut sungguh menakutkan . tahi lalat di bulu2 matanya , hingus berleluasa dan merebak di hidung dan mulutnya . rambutnya tidak terurus di sebelah kanan . tetapi tersikat rapi di kiri . aku pasti ! aku pasti dia adalah sebutir syaitan yang dikatakan orang kampung selama ini melompat-lompat di perkuburan setiap malam ahad pukul lapan . (waktu berita disiarkan) aku sengaja jatuh menjelepokkan diri ke tanah untuk membuktikan aku segan, malu dan takut . dia mendekati aku . aku pun mendekati dia . akhirnya di berkata : "semut awak sihat?" . rupa-rupanya dia bekas ketua kampung ku . aku melempang dia sepenuh perasaan dan tenaga . dia mengerti . kemudian dia cerita pulak apasal dia ada kat situ . rupanya dia melawat kubur semut kesayangannya yang mati dibunuh komunis semasa sedang bermain layang-layang . suhu mula turun hingga 8darjah celcius . "Ape yang kau buat sekarang?" kata dia lagi . lantas dengan sepantas petir dan halilintar aku pun menjawab : "tak buat pape pon." . "Syabas!apa kate kite ternak semut dan jagung sama sama,nak?" aku jawab: "taknak la , pasaran semut sekarang jatuh teruk , lagipun sekarang penyakit kaki tangan dan mulut dah merebak , harga udang dan kicap dah melambung tinggi,.." (takde kene mengena langsung!) . dia merajuk dan menangis teresak-esak . kononnya macam beby la tuh . aku pun tinggal kan dia keseorangan diri di situ melayan jiwa yang pasrah . akhirnya dia mati di situ kerana kehilangan air yang banyak dalam badan sebab menangis melebih-lebih . aku pulang ke rumah . dah lebih lapan jam jalan aku tak sampai lagi . . la! rupe-rupenya aku telah tersesat . aku tanya orang ,,tapi .. diorang cakap bahasa ibanis (bangsa kacukan iban dan russia di sepadan russia)akhirnya aku terpaksa menjadi pengemis untuk menyara hidup . |
Post a Comment