Fazeera Kahar
Short Profile
Dashboard +Follow

The site welcomes colorful and bright people! but if you are RIPPERS , SPAMMERS or HATERS , I will kick you out of my site ! Feel free to roam around !

Hot Clicks

Be My Friends


Memories



Big Claps

Template is 100% made by Fazeera Kahar
All rights reserved ® Fazeera Kahar 2011-2017


posted on Monday, May 6, 2013 | Add comment [0]




Well , semua orang tau bahawasanya dalam bulan Mei ni ada dua hari penting bagi meraikan insan yang memberi makna yang cukup besar dalam diri kita . Kedatangan bulan Mei telah meraikan semua insan yang bergelar IBU selain menghargai jasa insan yang bernama GURU . Tarikh sambutan hari ibu adalah berbeza disetiap negara dan negara kita akan meraikan hari ibu pada minggu kedua bulan mei dan jatuh pada tanggal 12 MEI 2013 . Manakala tarikh hari guru pula tidak berubah dimana ianya tetap akan disambut pada tanggal 16 MEI setiap tahun. 

Sebenarnya hari ibu dan hari guru bukanlah bergantung pada satu tarikh semata-mata . Setiap hari adalah hari ibu dan setiap hari juga adalah hari guru . 

So, dikesempatan ini , faz nak ucapkan selamat hari ibu buat ibu-ibu / mak-mak / mama-mama / ummi-ummi / mummy-mummy mahupun mereka-mereka yang bakal bergelar ibu kat luar sana . Sayangilah n hargailah ibu korang seadanya . Ingat pengorbanan mereka kepada korang semua . Pahit lelah mereka juga kerana kita . Jasa mereka kita balas dengan doa semoga ibu mendapat kebahagiaan didunia dan diakhirat serta mendapat keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah , ganjaran pahala berlipat kali ganda korang dapat ;)

Oke , pada masa yang sama faz nak ucapkan selamat hari guru buat mereka yang bergelar guru / cikgu / ustaz / ustazah kat seluruh dunia . Berkat jasa guru lah yang melahirkan insan-insan berguna pada hari ini dan pada masa akan datang. Guru adalah orang kedua selepas ibu dan ayah kita . Jadi , hargailah dan hormatilah mereka kerana mereka ini adalah ibu bapa kita di sekolah . Marah mereka kerana sayang , marah mereka juga kerana mereka ingin kita berjaya . Oh ya , 1Aspirasi 1Agenda adalah tema hari guru bagi tahun ni . Kalau ada yang tanya , takdelah korang terpinga-pinga tak tahu nak jawab . Ye dakk ? Hee :D









Post a Comment