Fazeera Kahar
Short Profile
Dashboard +Follow

The site welcomes colorful and bright people! but if you are RIPPERS , SPAMMERS or HATERS , I will kick you out of my site ! Feel free to roam around !

Hot Clicks

Be My Friends


Memories



Big Claps

Template is 100% made by Fazeera Kahar
All rights reserved ® Fazeera Kahar 2011-2017


posted on Sunday, December 22, 2013 | Add comment [1]



Assalamualaikum 

Hari ni saja nak buat review . tertarik nak review cerita THE HOBBIT THE DESOLATION OF SMAUG ni . sebelum ni pernah tengok THE HOBBIT THE UNEXPECTED JOURNEY kat wayang . anyway jalan cerita yang menarik tapi sebab lama sangat then punggung dah tak boleh dok diam . hiks . 

Oke . Lets start . . .

The Hobbit The Desolation of Smaug adalah filem kedua dalam trilogi filem The Hobbit . Ia menyambung semula kisah The Hobbit The Unexpected Journey di mana Bilbo Baggins dan 14 orang kerdil ( dwarfs ) dalam misi untuk menawan semula Erabor , iaitu tempat tinggal orang kerdil yang ditawan oleh seekor naga besar dan ganas .

The Hobbit The Desolation of Smaug menyambung kisah perjalanan Bilbo Baggins , Gandalf dan 14 orang kerdil dalam misi menawan semula gunung Erabor yang ditawan seekor naga besar dan ganas yang digelar Smaug .

Bagi yang belum menonton filem pertama , The Unexpected Journey , dinasihatkan supaya menontonnya terlebih dahulu , jika tidak , mungkin pelbagai persoalan akan berlegar-legar di minda penonton .


Jalan cerita dalam filem kedua ini membawa dua cabang . Pada permulan filem Gandalf dan kumpulan orang kerdil dan Bilbo Baggins berpisah . Gandalf pergi menyiasat satu kuasa jahat yang ingin menguasai alam manakala yang lain meneruskan perjalanan ke Gunung Erabor .

Perjalanan ini menyebabkan hero-hero kita bertembung dengan kaum Elf dan manusia dalam usaha mereka melarikan diri dari kaum Orc yang sedang memburu mereka bagi menghalang mereka sampai ke Gunung Erabor .

Secara umum , jalan ini tidak membosankan , ia penuh dengan aksi , tetapi bagi mereka yang telah banyak menonton filem aksi pengembaraan tentunya boleh mengagak bagaimana jalan ceritanya akan berkembang . Filem ini juga akan berakhir dengan satu klimaks yang menyebabkan anda tidak sabar untuk menunggu filem terakhir dalam trilogi ini .








Walaupun jalan ceritanya agak mendatar , pengakhiran The Hobbit The Desolation of Smaug sangat dramatik dan “potong stim” pada masa yang sama . Ini kerana filem ini berkahir di kala saat paling genting dalam filem ini dan penonton terpaksa menunggu setahun lagi untuk mengetahui kesudahan trilogi ini .

Sungguhpun demikian , bagi yang telah menonton filem pertama , filem kedua ini adalah filem wajib tonton . Berbaloi untuk membeli tiket harga penuh berserta pop corn dan minuman ringan . 


Credit : Owner





Blogger Unknown said...

This comment has been removed by the author.

 

Post a Comment