Fazeera Kahar
Short Profile
Dashboard +Follow

The site welcomes colorful and bright people! but if you are RIPPERS , SPAMMERS or HATERS , I will kick you out of my site ! Feel free to roam around !

Hot Clicks

Be My Friends


Memories



Big Claps

Template is 100% made by Fazeera Kahar
All rights reserved ® Fazeera Kahar 2011-2017


posted on Tuesday, March 18, 2014 | Add comment [0]



Assalamualaikum 

Buat yang terakhir kalinya . tengok tajuk je mungkin dah boleh teka apa yang aku cuba sampaikan dalam post kali ni . ehh ? perasan tak sejak dua menjak ni macam rajin je dok mengepost entry kan ? ke takde yang perasan ? atau aku sorang je yang perasan ? haha abaikan --'

oke . nak dijadikan cerita , tadi aku dah selamat ambik paper ulangan penggal 3 untuk subjek Ekonomi Malaysia . kenapa aku repeat ? haha yang tu jangan tanya . saja nak baiki pointer kononnya . hewhew . 

mula-mula macam tak percaya kena pergi sekolah balik , malam sebelum dah exam dah get ready all the things . dari tudung , baju , kain , sampai la ke kasut . semua tu terpaksa cari balik sebab tak tau dah dimana kedudukannya . hahah . belum cerita pasal alatan nak exam lagi , mula la dok mengemis pen adik , pembaris , pemadam dll . hah ! malas nak cerita semua .

bila aku jejak kaki kat sekolah , rasa macam tak percaya . betul ke aku nak ambik exam pagi ni ? 
ternyata bukan khayalan . pagi tu baru sedar dari angan . ciss . and exam tu pun not bad la . soalannya lebih baik n senang sikit berbanding time aku ambik penggal 3 dulu kala . mungkin sebab dah wujudnya kesedaran . haha . 

bila dah ada kat sekolah , semua rasa rindu nak kembali bersekolah muncul secara tiba-tiba . yes . aku mengaku , aku rindu kelas , rindu kawan-kawan , rindu cikgu , rindu nak pakai baju biru laut tu , rindu bangunan hijau tu , rindu kantin , rindu makcik tukang sapu . yes , semua aku rindu . alangkah indah waktu sekolah dulu . betul apa orang cakap . bila kita sekolah , tak sabar nak habis , tak sabar nak tinggalkan alam persekolahan . but trust me , semua yang dah tinggalkan alam persekolahan pasti akan merindui zaman tu . perrcayalahhhh ;')


and what ?? 

esok , bersamaan hari Rabu , 19 Mac 2014 .
Keputusan penuh STPM 2012/2013 akan dikeluarkan . walaupun takde la surprise sangat pasal result tu sebab kiteorang dah boleh jangka result yang kiteorang akan dapat depends on ketiga-tiga sem . mungkin kalau ada berubah pun takde la jauh mana . mana tau MPM nak bagi lebih baik ke ? sape tau kan ? hope soo . wish me luck korang . 

and mulai sekarang dah mula redha dengan segala kemungkinan yang akan aku terima esok . harap dapat ukir senyuman kat wajah mak ayah walaupun result tak la semegah mana . berharap jugak result ni melayakkan aku untuk terima tawaran mana-mana universiti . InsyaAllah . all the best untuk calon STPM batch 2012/2013 yang akan ambik result yang sama esok yaa . semoga kejayaan mengiringi kita :)


Bakal merindui baju biru ini . Saya dah habis sekolah . PEACE :)


Love , 
FAZEERA KAHAR





Post a Comment